Friday, March 20, 2009

Tugasan Bermula
















Belum sempat panas bontot lagi berehat dari season wedding yang lepas. Season baru untuk bulan Mac dah bermula dengan wedding Iskandar dan Ida di Jasin, Melaka. Aku dapat berehat dalam 2 minggu je setelah dapat menyiapkan tugasan shooting, editing dan album customer daripada season wedding yang lepas. Syukur diatas rezeki yang tuhan berikan.

Apa yang dapat aku perhatikan sekarang ni. Musim perkahwinan bukan seperti dulu lagi yang hanya tertumpu pada cuti-cuti sekolah. Macam sekarang ni ada je orang kahwin setiap masa. Kalau time cuti sekolah lagi lah ramai orang yang nak kahwin. Kepada anda yang di luar sana yang merancang untuk berkahwin di musim cuti sekolah. Adalah dinasihatkan untuk menempah awal photographer anda bagi merakamkan detik-detik anda. Jangan biarkan detik-detik indah di hari besar anda berlalu dengan begitu sahaja.

Monday, March 2, 2009

Bermula Dan Berakhir Di Perhentian









Al-kisah tersebutlah kisah seorang kawanku Effendy yang baru-baru ini telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, Kay. Tahniah kepada beliau. Percaturan hidupnya pantas dan tepat sekali sehingga membuat diriku begitu impress terhadap tindakan beliau.

Ceritanya begini, kira-kira dalam bulan April 2008 aku, Qeem, Jaja, Fendy, Latt dan Suthin telah berjaya merancang percutian kami ke Pulau Perhentian, Terengganu yang sebelum ni dah beberapa kali dah tertangguh. Masing-masing telah bersetuju untuk berbackpackers dengan keretapi. Aku, Qeem dan Jaja memulakan perjalanan dari stesen KL manakala selebihnya dari stesen Jerantut. Perjalanan menjadi semakin seronoklah bila bertemu geng. Jadi macam dunia ni kami yang punya. Huhu..Biasalah sikap semula jadi manusia apabila ramai. Tapi bile sorang-sorang jadi pengecut pemalu lah pulak.

Semasa di dalam percutian tu biasalah kesoronokan muda-mudi remaja berpesta. Eh, jangan salah anggap pulak. Definisi berpesta bagi kami bukanlah seperti tanggapan korang tuh. Aku menggunakan berpesta ni untuk menceritakan keseronokkan yang kami lalui tu. Bukan ada apa-apa pun. Berada di Pulau Perhentian amatlah best sekali. Air dan coralnya sangat cantik ok. Itu pada aku lah. tak tahu la pulak kalau ada orang kat luar cakap ada pulau lagi cantik. Aku bukanlah otai sangat bab-bab pulau ni.

Jadi pada satu malam tu kami melepak untuk menghabiskan masa setelah penat satu hari menjalankan aktiviti snorkeling dan mandi antai. Kebetulan masa kami pergi tu time full moon lak tu. Orang pulau kata time full moon memang ramai orang. Memang ramai lah orang time tu. Tah cam mana lepak punya lepak. Nak dijadikan cerita si Fendy ni terkenal lah si Kay pada masa tu. Tak sangka lah pulak perkenalan mereka berpanjangan sehingga ke luar. Bila berpanjangan di luar sehinggalah ke jinjang pelamin. Amin. Mereka telah selamat mendirikan sebuah masjid. Itu sebab aku cakap mereka sangat agresif dan pantas. Aku respect beb. Bukan senang semua ni berlaku. Yang 9 tahun couple pun belum kahwin sampai sekarang. Camne tu?

Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada Encik Fendy dan Puan Kay. Selamat melayari bahtera alam rumah tangga dan semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Bile kita nak ke pulau lagi? Ish susah ni. Kami takde lesen diving macam korang. Nampaknya main tepi-tepi air je lah kami. Tak leh masuk dalam. Aha...