Monday, May 11, 2009

Operasi Tergendala Lagi

Projek aku pada minggu ni masih tak berjalan. Tergendala lagi. Minggu lepas masa pergi lepak ngan Anan macam dah nampak samar-samar dah. Tapi sampai satu part tu sangkut pulak. Dah puas cuba tapi tak berjaya jugak. Terpaksalah aku menangguhkan untuk keesokan harinya.
















Sampai sekarang ni. Semua proses yang di suruh Anan dah settle. Cuma tunggu untuk dating tuk kali kedua ni pulak. Minggu ni aku betul-betul free tapi dia lak yang busy. Adoiyai..Aku ni bab html la coding la..memang betul-betul buta. Aku perlu bantuan si Anan ni jugak untuk tolong menyelesaikan masalah aku. Mintak-mintak sebelum hujung minggu ni dapatla aku settle dengan secepat mungkin sebab hujung minggu ni ada satu lagi tugasan menanti.






Tuesday, April 28, 2009

Newborn Alisha Malaeka













"Time ni dia dah separa sedar dah. Olololo comeynya dia."





















"Baby Alisha Malaeka tersenyum dalam tidur. Senyuman yang the only one."











































Baby Alisha Malaeka yang amat comel sekali ini merupakan baby kepada Pijam & Elly. Congratulation kepada mereka berdua. Yeeeyyy!!! Shoot new born baby ni merupakan assignment pertama aku ni. Sebelum ada la jugak amik gambar baby. Yang saje suka je la. Yang betul-betul comission job yang ni la. Thanks kepada Elly & Pijam kerana menaruh kepercayaan pada aku tuk shoot baby Alisha Malaeka.

Secara kebetulan pulak tu ngam-ngam time tu balik kampung. Kebetulan minggu tu ada wedding. Bila dah dikira tolak tambah, selesai study gambar-gambar baby dari sources yang berkenaan. Akhirnya kira berjaya jugak lah aku buat. Gambar nak letak baby atas almari je tak buat. Bak kata Elly ngeri je. Memang pon. Tapi ada orang buat tuh. Huishhhh..Cantik cun tapi macam "Huihhh boleh ke camni? Tak melanggar tatasusila kemanusiaan ke?" Apa-apa pun mungkin dari sudut pandangan photographer adalah art. Bagi orang lain tak tau la kan. Tapi yang pentingnya syok bila dapat amik gambar baby tu senyum. Susah tul nak dapat gambar senyum. Dalam banyak-banyak shoot. Sekeping je dapat. Hishhh takpe. Lain kali cuba lagi. Usaha tangga kejayaan.

Wednesday, April 22, 2009

3R di Nilai















































Bukan untuk Relaks, Respek & Respon. 3R ialah untuk Resepsi Ramzi & Roslina yang telah berlangsung di Nilai, Negeri Sembilan. Dah beberapa kali aku ditugaskan untuk shoot untuk wedding bagi family ni. Shoot tuk Abang Ramzi ni pun dah ehem ehem.. Adalah cerita disebaliknya..Hanya kita sahaja yang tahu..Hehe..Cuma last time aku shoot untuk family ni banyak di Pahang. Cuma kali ni mereka adakan di Nilai.

Lepas tu nak dijadikan cerita. Boleh pulak terjumpa member satu batch masa belajar kat UiTM dulu-dulu. Mula-mula aku dah nak terkonfius dah. Eh yeke aku kenal budak ni. Kat mana ye. Rupa-rupanya Fatin. Dia ni roomate si Jue rupanya. Aku kenal dia cuma kami tak rapat sangat. Yela la kelas A ngan kelas B macam berjaki sikit dulu. Berjaki sebab apa aku tak sure. Tapi bila fikir-fikir balik apa sebabnya pun aku tak tau. Kelakar je kan time budak-budak. Hik3.. Fatin ialah emak saudara kepada pengantin perempuan rupanya. What a small world je kan.

Berbalik kepada topik 3R tadi. Ingat lagi zaman-zaman shoot family mereka dulu. Masa tu masih pakai kamera filem lagi beb. Aku ni sempat jugakla belajar dan menggunakan kamera filem. Siap buat outdoor shoot lagi tuk mereka. Huhh lama gile dah kan. Sayang la takde dah gambar-gambar filem dalam simpanan. Kalau ada leh gak scan then upload kat sini. Tah mana dah letak. Kena korek balik khazanah-khazanah aku kat kampung nih.


Tapi masa tu mereka-mereka (photographer) yang tersohor masa kini dah menggunakan DSLR. Aku dan kawan-kawan yang terkebelakang sikit. Masa tu serba-serbi kekurangan. Pendedahan tentang photography kurang, kemudahan internet terhad, kena cari info sendiri, kena pergi menuntut ilmu sendiri, Photoshop tak kenal lagi, faktor tempat juga menjadi faktor utama kepada aku. Jadi seiring dengan perkembangan semasa aku tempuhi jua cabaran. Nak jugak jadi seperti photographer-photographer tersohor lain. Berhempas-pulas jugaklah masa tu nak mengumpul duit beli DSLR pertama aku, Nikon D70S. Masa tu style gambar dah mula berubah. Sebelum ni pakai filem. Penggunaan trial and error adalah terhad. Lepas dah pakai memory card. Sendiri mau ingat la try and error amik gambar. Pelbagai gambar telah diambil dan telah di adaptasi oleh aplikasi photoshop 6 masa tu.


Setelah menyedari masih ada lagi kekurangan pada diri sendiri. Sekali lagi aku membuat tindakan drastik bagi diri aku. Aku perlu hijrah. Pada tahun 2007 akhirnya aku berhijrah ke Bandar Baru Bangi. Aku menetap di sini sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, banyak perubahan dan banyak benda baru yang aku pelajari daripada rakan-rakan terutamanya Ahmad Shazali, Budi Muzaidi, Engku Iskandar, Syahir Ismail dan lain-lain. Merekalah yang memberi tunjuk ajar kepada aku di dalam bidang ni. Dan kini aku masih belajar dan akan terus belajar lagi. Kini photography telah menjadi satu passion dalam perjalanan hidup aku. I'm lovin it – IRYMA IDRIS theKLIKER

Monday, April 6, 2009

Ina & Along - Sanding - Part 2


















































































Ooooppsss...Maaf la ye Puan Ina & Encik Along. Pembetulan semula untuk tarikh mereka diijabkabul, iaitu pada 14hb Mac 2009. Hari tu tersasul laa. Mengantuk sangat time nak menulis tu. Minggu ni aku balik nak jumpe korang. Korang balik kampung tak? Takde dengar kabar berita pon dari korang ni? Tapi aku ada dengar kabar beita baik dari sumber-sumber lain. Tahniah ye!

Semasa wedding Ina & Along ni, aku selaku Official Photograher mereka. Sekali lagi terpaksa melupakan hasrat untuk bergelak tawa bersama rakan-rakan yang dah lama aku tak jumpa. Hanya berjumpa untuk seketika dan bertanyakan kabar sahaja. Ke semua mereka adalah rakan-rakan sekolah aku yang dah bertahun-tahun tak berjumpa. Macam-macam dah rupa orang bila dah makin membesar ni. Hehehe..Maksud aku dari segi perubahan fizikal. Kebanyakannya ramai dah makin membesar dan tembam-tembam belaka. Yang berubah menjadi semakin hawt pun ada. Ehee. Jadinya aku selaku OP aku tahu akan tugasku. Aku tak akan membiarkan detik-detik itu berlalu dengan begitu sahaja.

Kepada photog di luar sana, korang pernah rasa tak apa yang aku rasa. Rasa macam "aahh jelesnya tengok rakan-rakan lain berkumpul, berborak, bergelak-tawa" Kita hanya dapat memerhatikan gelagat mereka dari jauh sahaja. Dalam masa yang sama kita perlu fokus kepada tugasan kita. Kalau tak, dah tentu banyak moment yang akan terlepas. Aku tau sebab aku pernah tengok. Ada seorang photog time mebuat tugasannya time tu aku boleh tengok dia baik punya bual dengan kengkawannya. Dah la time tu boleh dikatakan time puncak jugaklah. Time orang salam-salam nak balik. Banyak sangat moment di situ. Sejauh mana photog tu kena cover untuk majlis tu aku tak tau la pulak. Tak pun itu diluar kawasan liputannya. Kut...

Berbalik kepada kawan-kawan tadi, padahal masa-masa beginilah untuk bertemu untuk bertanya kabar, mengetahui perkembangan terkini. Biasalah dengan soalan-soalan lazim. "Amacam, Ko kat mana sekarang, Ko buat apa sekarang, Dah kahwin ke belum, Bila nak kahwin". Lepas dah abis sesi soal jawab tu, lepas tu mula bukak cite zaman sekolah pulak. "Ko ingat tak si anu gini gini gini, Alaaa yang dulu tu bla bla bla.." Abis sesi tu sesi membahan la pulak. Sambil bahan sambil gelak. Tambah pulak gosip-gosip liar sikit. "Ko tau kan..bla bla bla panas.." Heheh..Memang itulah kebiasaannya bila ramai-ramai berkumpul.

Lepas ni kalau lah ada pengantin dikalangan kawan-kawan rapat yang nak kawin. Akan membuat aku berpikir 2-3 kali untuk jadi OP mereka. Dah beberapa kali dah aku lalu benda ni. Tak nak dah mende ni jadi lagi. Takpelah sesekali berehat menjadi photographer.

Thursday, April 2, 2009

Ina & Along - Nikah - Part 1








































































AKHIRNYA KINI PASTI...Hehehe..Korang pernah dengar tak ayat nih?? Memang biasa dengarkan. Kebiasaannya ayat ni selalu digunakan pada gambar-gambar perkahwinan. Tapi itulah dia hakikatnya. Oleh tu lah ayat ni wujud. Cuma selalu dengar dah jadi macam biasa sangat. Kan kan.
Inilah dia pasangan Akhirnya Kini Pasti yang selamat diijabkabulkan pada 13 Mac 2009, Ina dan Along. Tak sabar-sabar Ina nak tengok gambar dia, dia suruh aku uploadkan cepat-cepat. Hehehe...Alasan seperti sediakala, kesibukan yang melanda untuk menyiapkan album-album customer. Kalau nak surf tenet pun tengok update gambar-gambar orang lain je. Yang sendiri tak sempat nak update. Tu lah permasalahan aku yang dari dulu lagi. Kenapa tengok orang lain senang je nak upload pastu siap tulis blog panjang-panjang lagi. Free betul mereka. Oooohh..Mungkinkah faktor yang aku ni bekerja makan gaji di siang hari?? Ermm..mereka buat full time kut. Boleh jadi gak tu.Tapi kali ni setakat Part 1 je aku boleh upload dulu. Part 2 akan menyusul kemudia ye Ina. Coming out soon. Yeaaahhhh.

Friday, March 20, 2009

Tugasan Bermula
















Belum sempat panas bontot lagi berehat dari season wedding yang lepas. Season baru untuk bulan Mac dah bermula dengan wedding Iskandar dan Ida di Jasin, Melaka. Aku dapat berehat dalam 2 minggu je setelah dapat menyiapkan tugasan shooting, editing dan album customer daripada season wedding yang lepas. Syukur diatas rezeki yang tuhan berikan.

Apa yang dapat aku perhatikan sekarang ni. Musim perkahwinan bukan seperti dulu lagi yang hanya tertumpu pada cuti-cuti sekolah. Macam sekarang ni ada je orang kahwin setiap masa. Kalau time cuti sekolah lagi lah ramai orang yang nak kahwin. Kepada anda yang di luar sana yang merancang untuk berkahwin di musim cuti sekolah. Adalah dinasihatkan untuk menempah awal photographer anda bagi merakamkan detik-detik anda. Jangan biarkan detik-detik indah di hari besar anda berlalu dengan begitu sahaja.

Monday, March 2, 2009

Bermula Dan Berakhir Di Perhentian









Al-kisah tersebutlah kisah seorang kawanku Effendy yang baru-baru ini telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan gadis pilihannya, Kay. Tahniah kepada beliau. Percaturan hidupnya pantas dan tepat sekali sehingga membuat diriku begitu impress terhadap tindakan beliau.

Ceritanya begini, kira-kira dalam bulan April 2008 aku, Qeem, Jaja, Fendy, Latt dan Suthin telah berjaya merancang percutian kami ke Pulau Perhentian, Terengganu yang sebelum ni dah beberapa kali dah tertangguh. Masing-masing telah bersetuju untuk berbackpackers dengan keretapi. Aku, Qeem dan Jaja memulakan perjalanan dari stesen KL manakala selebihnya dari stesen Jerantut. Perjalanan menjadi semakin seronoklah bila bertemu geng. Jadi macam dunia ni kami yang punya. Huhu..Biasalah sikap semula jadi manusia apabila ramai. Tapi bile sorang-sorang jadi pengecut pemalu lah pulak.

Semasa di dalam percutian tu biasalah kesoronokan muda-mudi remaja berpesta. Eh, jangan salah anggap pulak. Definisi berpesta bagi kami bukanlah seperti tanggapan korang tuh. Aku menggunakan berpesta ni untuk menceritakan keseronokkan yang kami lalui tu. Bukan ada apa-apa pun. Berada di Pulau Perhentian amatlah best sekali. Air dan coralnya sangat cantik ok. Itu pada aku lah. tak tahu la pulak kalau ada orang kat luar cakap ada pulau lagi cantik. Aku bukanlah otai sangat bab-bab pulau ni.

Jadi pada satu malam tu kami melepak untuk menghabiskan masa setelah penat satu hari menjalankan aktiviti snorkeling dan mandi antai. Kebetulan masa kami pergi tu time full moon lak tu. Orang pulau kata time full moon memang ramai orang. Memang ramai lah orang time tu. Tah cam mana lepak punya lepak. Nak dijadikan cerita si Fendy ni terkenal lah si Kay pada masa tu. Tak sangka lah pulak perkenalan mereka berpanjangan sehingga ke luar. Bila berpanjangan di luar sehinggalah ke jinjang pelamin. Amin. Mereka telah selamat mendirikan sebuah masjid. Itu sebab aku cakap mereka sangat agresif dan pantas. Aku respect beb. Bukan senang semua ni berlaku. Yang 9 tahun couple pun belum kahwin sampai sekarang. Camne tu?

Apa-apa pun aku ucapkan tahniah kepada Encik Fendy dan Puan Kay. Selamat melayari bahtera alam rumah tangga dan semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Bile kita nak ke pulau lagi? Ish susah ni. Kami takde lesen diving macam korang. Nampaknya main tepi-tepi air je lah kami. Tak leh masuk dalam. Aha...